...followers...

Tuesday, January 6, 2015

anak Yah dah darjah 1 hoorayyy

Assalamualaikum...

Qas dah masuk Darjah 1 tahun nie
bln 12 mmg super duper busy
duduk umah pun tak dan
pastu rasa mcm lambat lagi masuk sekolah
wat lek, wat peace angat sudahnya
balik dari JB aritu abang Yah bgtau 31 Disember 2014 orientasi tahun 1

urut dada Yah laki bini
tak dan nak lurus-luruskan pinggang balik dari holiday 
dah kena rushing carik barang sekolah anak
barang sekolah 1 pun tak carik
Yah igt bila tunda sekolah, orientasi pun tunda
boleh lah slow2 carik dalam minggu nie kan
rupanya orientasi tetap ada..

penyudahnya, malam sebelum tu baru hegeh-hegeh carik
beli dulu maner yg penting utk pergi orientasi
yg lain-lain kita topup kendian kekdahnya


baru beli 2 pasang baju sekolah
underwear, singlet baru dia sume tak sempat carik malam tu
kita pakai apa yg ada la dulu
nnt kena carik jugak beli sbb baju pun kena
tambah lagi untuk ckup kan seminggu
weekend nnt senang kan bley iron terus utk seminggu
nie cerita skang, esok dah mula sekolah subuh-subuh adam
tu lah baru sebok nak iron kahkahhh...


stationery takde masalah
kita tambah sikit-sikit je sbb nya Yah mmg rajin sopingkan alat-alat tulis dia
so banyak yg simpan dan tak bukak lagi
masa nie kita tambah tag nama utk bag dia, cop nama sempat tempah mlm tu jugak,
botol tu ntah yg keberapa, dia nak jugak botol baru..


mujur beg sekolah nie MakLang (kakak Yah) dia bg birthday present hari tu
mmg Yah dah set utk dia pakai masa darjah 1
walaupun kadang mmg nampak dia tak sabar nak pakai siap simpan 
buku-buku tadika dia dalam nie..



kasut sekolah 2 pasang..ow kasut tu ada kesah dia, jap kang Yah citer..
stokin pink tu pilihan hati Qas sendiri..
suka hati la anak..



lepas beli sepasang kasut dia yg memula tu Yah baru jumpa kasut putih 
dari Polo Ralph Lauren nie..
sekali pandang terus berkenan..bukan sebab apa, sbb nnt takyah susah-susah
Yah nak kapur kasut dia bhahahaha....
kita try dulu sepasang, sbb taktau lg sekolah dia bagi pakai ke tak kasut jenis nie
kalau cikgu disiplin tak bg jelingan maut
 kita tambah lg sepasang nnt..mudah kan, setahun takyah main kapur.


maka harinya sudah tiba
nie muka lega lepas exam untuk penentuan kelas dia nnt
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan
segala urusan dah settle, buku, yuran segala..


anak-anak Yah setahun sorang 
so dorang 2 beradik sangat lah rapat
takde gado-gado, bak kata org tu mmg intim angat
tp bila dah selesa berdua dorang nie tak bape reti nak berkawan
Yah mmg susah hati memula
tp bila Yah perati dia dari jauh 
dia nak berkawan tinggal lagi dia tak reti nak mulakan
masa Yah tengok dia berkawan nie pun, ada sorang budak nie yg panggil 
dan tarik tgn Qas..Alhamdulillah dia nak bergaul..senang hati Yah =)



Hujung Tahun 2014

Assalamualaikum...
Belum terlambat lagi rasanya Yah nak ucapkan 
Selamat Tahun Baru 2015
kepada semua rakyat jelata yang baca atau terbaca blog Yah nie..

beberapa minggu nie jadual Yah agak padat
baru minggu nie ada opis hihi...

lasweek Brader Lep a.k.a laki Yah ada Viva
org lain buat tesis bertahun, dia buat tesis tak sampai seminggu haha...
bila dah nak dekat-dekat tarikh Viva baru la dia mula rasa seram sejuk
mmg all out la dia buat
Yah pun tak terkecuali
bila Brader Lep stay up takkan Yah nak biarkan dia sengsorang kan
Yah lah tukang buat kopi, sediakan makanan-makanan ringan dia dan juga
penghibur hati dia dikala larut malam hihi...

elok pulak cuti sekolah
2 orang budak baik ikut Atuk Salam balik Gemas
maka nya, tinggal lah Yah dan Brader Lep berdua
bertungkus lumus la meneman Brader Lep buat tesis

bila dah siap tesis upah Yah dapat pergi holiday berdua, yeayyy...

~Tony Romas~

pikir punya pikir akhirnya kitorang decide nak pergi Batu Feringghi, Penang
lama dah rasanya tak naik sana
sebelum gerak sempat singgah IOI City Mall shoping cket
dan lunch

so gerak pun dah lambat
sepanjang perjalanan cuaca mendung dan ada yg hujan
nie cerita dia Brader Lep sempat tido sejam je sepanjang mlm tu
so Yah cadang transit Ipoh dulu, sebab hari pun dah nak malam
kalau dipaksa mata kang, rasa nya tak sampai Penang huhu...

~Hotel Weil~

malam tu check in Hotel Weil, Ipoh
hotel nie betol-betol sebelah Ipoh Parade
saja pilih hotel nie sbb senang nak kua makan atau nak carik pape barang
ermmmm...kalau tak salah Yah hotel nie pun baru 2 bulan bukak
selesa dan bersih
tapi bila dah sampai, mandi-mandi, luruskan pinggang jap 
tak mau pulak lelap bijik mata
kua dinner jap 


nak habiskan sisa-sisa masa malam tu
sempat la karaoke jap haha...

esoknya lepas check out 
ronda-ronda Town Ipoh
tempat jatuh lagi dikenang kawan-kawan
sini lah tempat nya Yah jumpa Brader Lep 10 tahun lepas
zaman belajar dulu kala
sama-sama student UiTM Seri Iskandar
kat Kampus tak penah jumpa or kenal
alih-alih Yah dah nak Grad baru la jumpa Brader Lep
sempat la kua berdeting kat Ipoh haha...
angan memain ngan Yah, akak kawasan Ipoh mali kahkahhh....



elok-elok boleh sampai Penang awal, dia sebuk merapu kat Ipoh haha...
lalu jambatan kedua Pulau Pinang
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
giler panjang, muak plak rasa haha...

~Batu Feringghi~

percutian kali nie takde booking-booking
semua main terjah je
so hotel area Batu Feringghi mostly fully booked
nak lagi yg facing laut
tp Alhamdulillah rezeki tu ada utk Yah berdua


~Holiday Inn, Batu Feringghi~

nak facing laut kat sini je yg ada
tp tak dapat la King size bed
semua dah full, ini je yg tinggal
grab jela ape yg ada


~Brader Lep~


~Yah~

setiap tahun mmg Yah ngan Brader Lep plan 
sekurang-kurangnya ada 1 trip honeymoon
tahun lepas kita ke Bali berdua
tahun nie igt nak ke Krabi berdua tp tak sampai hati nak
tinggalkan budak baik berdua tu
so, dpt ke Penang berdua pun dah besar rahmat



kalau ke Penang mmg tak sah kalau tak singgah makan 
kat restoran nie, nama dia Yah taktau
tp ikan dia nie mmg terbaik, Yah tak suka makan ikan sgt
tp kat kedai nie, ikan goreng dia mmg power
kedai nie dekat Jalan Transfer, Penang
kalau tengok dr lua mmg korang tak caya masakan dia sedap
sekali ko selak blind dia penuh umat dlm tu haha...


~Berjaya Waterfront Hotel, JB~

balik je dari Penang, terus amik dua org budak baik tu kat adik ipar Yah
sebab nak ke Johor Bahru pulak
Brader Lep Viva di UTM, Skudai
duduk kat Berjaya Hotel, JB
utk pengetahuan kengkawan semua Berjaya baru je amik alih dr The Zone
so bilik dia mostly under renovation
Yah nasihatkan kalau nak pegi tunggu la tgh thn nie atau ujung-ujung thn cket
banyak yg tak ok lg bilik dia..


~Mr. Surveyor~

lepas raya tahun nie in shaa Allah Brader Lep abes study
harap semuanya dipermudahkan, aminnn...



pelengkap hidup Yah










Wednesday, December 24, 2014

Krabi 2014 (III)

Assalamualaikum...

Yah cuba nak pendekkan kesah Krabi nie tp tetap la berjilid
kali nie entri agak panjang sebab nak abeskan cepat hihi..
kat sana Yah mmg takde keje lain, selain bergolek, berendam,
kalau cuaca ok kitorang kua jenjalan sekitar Aonang..

buang masa, buang duit, kat situ haha,...
sonok jalan-jalan tengok jualan diorang

~Bamboo Restaurant~

masa kat sana kebanyakan nya bila mkn kitorang dine in kat hotel je
kadang nak kuar, hujan..takpun 2 org budak baik dah tido sebab siang kepenatan 
mandi kolam..
tp merasa la jugak lunch kat Bamboo Restoran sebelum balik aritu
sedap masakan dia..ramai melayu kita makan situ..


boring-boring kat bilik sini la tanah jajahan kitorang 4 beranak haha...
nak pegi naik gajah malas, nak ke emerald pool pun malas nak seret
2 org budak baik tu..senang citer nie percutian utk bermalas-malasan lah,
layan berkepit lg bagos hihi...


dah kenyang bia bebudak nie mandi laut plak
sementara cuaca elok panas nie,.mandi la pepuas..


try banana pancake
klu ikutkan suggestion blogger2 yg penah pegi
dorang recommend Yaminla Pancake
Yah kan malas, apa yg nampak beli je..haha...
gigih plak nak mencarik kan semata pancake.


tukang suap
nak suap sendiri pun malas..achaner citer dia tu kahkahhh...
naseb laki rajin melayan


~Holiday Inn Resort~

ok nie Yah nak citer pasal bilik otel
memula Yah booking Pool Access yg mcm nie
rupanya yg ini bilik Deluxe camtu lah rasanya
Yah punya bilik Family Suite
still dpt pool access tp tak lah direct mcm nie
kene jln 2, 3 langkah dulu hihi...


bilik Yah betol-betol yg end lot nie, wahhh angat end lot..
mengadap pool utk kanak-kanak ribena
pool dia mmg selamat utk budak-budak
Yah dah cek sume, had tinggi, lantai dia sume selamat
sbb kadang Yah malas nak tunggu
pepandai la dorang bawak diri
tak daya nak ngadap dorang mandi berjam-jam
Qas mabuk naik slide tu, tinggi rendah abes dia redah
lantak situ..

~Family Suite~


Family suite nie ada 2 bilik dalam dia
1 utk mak ayah
1 lagi utk anak-anak


2 katil utk bilik budak
siang sorang 1 katil, tp bila bangun pagi;
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`

 Ikram dtg berimpit kat Qas haha...

Qas:  Ibu, nak tau..mlm td kakak nampak adik terjaga pastu duduk atas katil..
kakak tanya nape adik tak tido, adik ckp dia tak boleh tido..pastu kakak ajak dia tido sekali
ngan kakak...

holoh holoh holoh....suweet angat kakak...


jacuzzi comel nie utk anak-anak
sume ukuran utk budak berumur 4-6 tahun..


~Qas dan Ikram~





ok, sekian utk arini
pasnie nak updet gambar Kids Club je

babye..



Tuesday, December 23, 2014

Krabi 2014 (II)

Assalamualaikum...


Ok, arini dgn gigihnya Yah nak updet lagi citer pasal Krabi..
Curik-curik masa cket sebab skang nie Yah diluar kawasan..
tgh holiday lagi..hihi...
aktiviti untuk hari kedua; Island Hoping.

Pakej nie kita akan ke 7 pulau 
(PhiPhi Island, Monkey Island, Chicken Island, Maya Beach, Bamboo Island dan mcm biasa
selebihnya Yah lupa haha...)

seawal 8.30 pagi dorang dtg jemput kat hotel
Island Hoping nie mmg mkn masa seharian la jugak
start 8.30 pagi dan balik hotel nak dekat pukul 5.00 petang



siap sedia semua bahan
dan sebelum tu dinasihatkan korang beli la dry bag yg jual merata kat area aonang..
selamat semua brg tak basah..
nak gambar???Yah lupa snap, google sendiri k..hihi...
gaya kemain kan, kelengkapan semua cukup
kamera masuk air, tak masuk air semua bawak
tp takde yg rajin nak snap
tu yg bila balik bape keping je gambar bhahahaha....


sebelum pergi breakfast siap-siap
walaupun dah breakfast Yah tetap bawak bekalan
biskut, roti, makanan yg simple-simple Yah bawak jugak
takot 2 org budak baik kelaparan

~Monkey Island~

Yah malas nak susun gambar yer kengkawan
tak sempat
gambar mmg huru-hara la cket 

~PhiPhi Island~

kita lunch kat PhiPhi Island
makan buffet kat sini


~PhiPhi Island~

kat sini dorang kasi rehat selama 2 jam
so sempat la jalan-jalan sekitar kawasan PhiPhi Island
kat sini pun ada hotel-hotel utk menginap
Yah syak sini lagi best daripada Aonang Beach sebab air laut dia jernih dan cantek
baru la best nak kuak lentang
tinggal lagi Aonang Beach senang nak carik makan dan shoping =)

~PhiPhi Island~

~Maya Beach~

sehari sebelum kita ke sini, Krabi hujan lebat
semua aktiviti laut tak dapat dijalankan
so, masa ari Yah pegi nie
semua pun datang serentak
memang pack sgt kat sini
nak mandi pun celah-celah bot je


~Maya Beach~

segala neka manusia ada kat sini haha...



Yah ngan Big Boss hihi...


~Bamboo Island~

2 org budak baik nie mmg pantang jumpa air
4D3N mmg Yah biarkan dorang bebas
mmg hitam likat memasing
Yah tak kesah janji dorang happy =)



mak pun sama naik hitam
jgn kata anak, mak yg lebih sebenarnya



up lg cket, bapak pun galak sama
dari 2 budak hitam, jd 4 budak hitam haha...
balik mmg tinggal gigi ngan bijik mata je
bukan main panas lg
tp syukur la panas, semua aktiviti berjalan lancar



beruang comeiii Yah 



menjelang petang mmg nie makan dia
penat giler hahaha....

ok lah, Yah dah nak kua nie
sambung lagi nnt..tata...

Monday, December 22, 2014

Krabi 2014 (I)

Assalamualaikum...


vavava..syabbas betei..berlingkar-lingkar urat M dalam badan..
cerita sebulan yg lepas baru nak updet..
kalau ikutkan tahap kesuburan Yah nie, dah mula meloya anak tekak nie balik bercuti..
ewahhh...

tp disebabkan faktor usia Yah yg semakin menginjak senja nie, sehat walapiat sampai skang..
takde lagi tanda-tanda morning sickness hihi...Yah syak laki Yah kena up cket lagi destinasi..
ke negara 4 musim mungkin..bhahahaha...tiada yg mustahil, tengok luck 2015 nnt..In Shaa Allah.

ok lah, berbalik pada cerita asal
5 November 2014 aritu , wedding anniversary Yah yang ke 7..
pada mulanya nak pegi holiday di pulau-pulau Malaysia je..
tp bila survey, kebanyakannya dah mula musim hujan.
last choice kitorang adalah Pangkor Laut Resort
bila Yah booking full pakej utk 4D3N kos dia boleh buat down payment Proton Iriz haha...
bila ditimbal balik, baik kita terbang jauh cket.


bila semuanya last minute
harga pun mmg harga last minute la yg ko dapat..
takde pilihan disaat-saat akhir
ape yg ada kita terpaksa grab
dari sehari ke sehari tunggu, harga makin naik yer kengkawan
last sekali laki Yah ckp, ape yg ada kita booking jela
maka hasilnya dia booking kan MAS
2 dewasa dan 2 kanak-kanak
Yah senyum simpul jela hihi...



Yah pergi kejap je, 4D3N
10 - 13 November 2014
holiday kali nie kita bawak sekali 2 org budak baik nie
seiingat Yah tiket flight pukul 8.15 pagi..



sporting
bab berjalan mmg takde masalah kat Yah laki bini
dari kecik sampai besar 2 org budak baik nie mmg behave
takde nak merungut penat, ngamuk tak dapat mainan atau 
merajuk tak tentu pasal..
ckp je elok-elok dan semuanya akan ok, Alhamdulillah..


~Holiday Inn Resort, Aonang, Krabi~

selama 4D3N kat sana Yah stay kat Holiday Inn Resort
sesiapa yg travel ngan anak-anak kecik sedang-sedang umur anak Yah nie
Holiday Inn nie sangat lah sesuai sebab dia ada Kids Club..
so budak-budak taklah bosan
lagipun percutian Yah kali nie lebih pada nak berehat je, nak bermanja-manja ngan laki hihi...
dan salah satu sebab kenapa hotel nie menjadi pilihan Yah
 dia ada bilik Pool Access..
nanti Yah updet lain lah pasal nie..

gambar tak bape nak banyak, nie la masalah Yah sebenarnya nak
berblogging, malas betol nak snap gambar..huhu...nak terangkan beria pasal 
holiday kali nie pun payah sbb dah sebulan lepas, maner yg igt jela yer..

so, utk  hari pertama takde pape aktiviti..baru sesi perkenalan la senang citer..
sampai airport cuaca baru lepas hujan..
kitorang settlekan pakej Island Hoping..
disebabkan kitorang mmg malas nak survey pakej kat area Aonang,
kitorang juz try bargain dgn ejen yg ada kat airport..
bila ditambah, ditolak sume bagai total RM420

pakej termasuk;
- pakej Island Hoping utk 4 org ke 7 pulau (speedboat)
- lunch disediakan/air minuman 
- transport dari hotel --> jeti --> hotel
- airport transfer --> hotel -->airport

sampai hotel, bilik tak ready lagi
sementara menunggu bilik siap merayau la dulu
dekat sini semuanya senang, money changer dekat, 
ATM machine, supermarket, farmasi..sume ada..sume dekat..jalan kaki je.
so xyah la nak risau angat..tp kalau nak lg best check in la
hotel-hotel area McDonalds, Starbuck sana..
Yah nak sebut nama tempat tak ingat..bhahaha...
bape ari duduk Holiday Inn duk lah ngulang naik tuk tuk..
kalau pergi berdua sonok la nak jenjalan kaki buang-buang masa..
disebabkan bwk 2 org budak baik, kita naik tuk tuk la..
3 minit sampai..




bersambung.......